WISHLIST 2015

[ Wish List 2015 ]

Apa agaknya wishlist adik-adik untuk tahun ini ya? 

Tak pasti?

Apa kata, adik-adik mulakan dengan menyenaraikan wishlist adik-adik bermula pada tahun ini?

Sebagai contoh, cikgu admin kongsikan di sini:

Wishlist 2015:

1. Solat di awal waktu.
2. Doakan ibu ayah sebaik sahaja bangun dari tidur (dianjurkan baca al-Fatihah, tidak kiralah ibu ayah masih ada, atau sudah tiada.)
3. Baca al-Quran setiap hari walau 5 ayat.
4. Berzikir 1000x.
5. Tidak skip breakfast.

Ok, cikgu admin dah senaraikan 5 wishlist untuk adik-adik buat pada tahun ini. Adik-adik boleh senaraikan seberapa banyak yang adik-adik mahu. Senaraikan sedikit-sedikit dahulu. Cuba cukupkan 101 impian.

Boleh ke boleh? Pasti Boleh !

Selamat mencuba, dan selamat merasai perubahan yang sangat baik dalam hidup adik-adik. Aamin Allhumma Aamin.

Oh, ibu-ibu, ayah-ayah pun boleh buat tau. 

** Miracle Happens for Those Who Start To Believe. 






Comments