Personal Coach


Tentang Kelas 'Personal Coach'
Kelas ini melibatkan seorang pelajar dan seorang guru sahaja. Tujuan kelas ini diadakan untuk membolehkan guru memberi fokus yang maksimum kepada pelajar. Pelajar akan dibimbing dengan pelbagai kaedah yang dirasakan sesuai mengikut kemampuan pelajar.

Lokasi
Kelas ini boleh dilaksanakan di rumah pelajar ATAU di tempat saya (Hometuition BTP). Ramai ibu bapa yang berkeinginan kelas ini dilaksanakan di rumah mereka. Namun berdasarkan pengalaman saya, kemajuan anak-anak lebih cepat dilihat apabila mereka datang sendiri ke tempat saya. Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor pertama ialah ancaman zon selesa apabila berada di rumah. Anak-anak yang dibawa keluar dari zon selesa semasa keluar dari rumah secara automatik telah menyediakan mental dan fizikalnya untuk menuntut ilmu. Ini sangat membantu dari segi penerimaan ilmu  kerana anak-anak ini hadir dalam keadaan mindanya sudah bersedia untuk menerima ilmu yang disampaikan. Suasana belajar memainkan peranan yang amat penting dalam mempengaruhi emosi sewaktu belajar. Di Hometuitiob BTP, pencahayaan, keselesaan dan ketenangan menjadi aspek yang sangat diutamakan sewaktu belajar.



Tempoh Masa
Tempoh kelas adalah 1 jam per subjek bagi sekolah rendah dan 1 jam 30 minit per subjek bagi sekolah menengah.

Harga
Harga adalah RM 30 per jam. (Sekolah rendah & Sekolah Menengah Ting 1-3)
Harga adalah RM 45 per jam (Sekolah Menengah Ting 4-5)

Subjek
Subjek-subjek yang ditawarkan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Jadual
Sila hubungi/ sms guru untuk berbincang jadual yang sesuai.



Comments